Click and Win

Monday, December 6, 2010

~SALAM MAAL HIJRAH 1432~

LetS take nOte about HIJRAH ^^



Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka’b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W.
Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau agaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut.  Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma’il a.s. (pada tahun 1855 S.M.)  dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur (bersamaan dengan tahun 571 M.) Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah. Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia.
Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun a l – Wa d a ‘ iaitu tahun haji al-Wada’ atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam. Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.
2      Di dalam Sirah Nabawiyah oleh Ibnu Hisyam menyebut Ibnu Ishak berkata  bahawa orang yang pertama sekali berhijrah ke Madinah dari kalangan sahabat Rasullah s.a.w  dari Quraisy dari Bani Makhzum adalah Abu Salamah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Ia berhijrah ke Madinah setahun sebelum berlaku perjanjian Aqabah.
Dari Ibnu Ishak , Ibnu Hisyam  berkata Rasullah s.a.w  menetap di Quba di penempatan Bani Amru bin Auf pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.  Baginda telah mengasaskan pembinaan Masjid Quba. Allah mengeluarkan Rasulullah s.a.w  dari kaum Ansar di Quba pada hari Jumaat. Rasulullah telah mendapat perintah  untuk solat Jumaat sewaktu baginda berada di perkampungan Bani Salim bin Auf ia itu di lembah Ranuna. Itu lah solat Jumaat pertama Baginda di Madinah.

3.Sementara itu Muhammad Husain Haekal dalam bukunya Sejarah Hidup Muhammad menulis :

Dalam pada itu ia ( Baginda Rasulullah s.a.w ) sudah di Quba’ – dua  farsakh jauhnya  dari Medinah.  Empat  hari  ia tinggal di tempat itu, ditemani oleh Abu Bakr. Selama masa empat hari itu mesjid Quba’ dibangunnya. Sementara  itu  datang  pula  Ali  b.  Abi  Talib ke tempat itu setelah  mengembalikan barang-barang amanat -  yang  dititipkan kepada  Muhammad  s.a.w – kepada pemilik-pemiliknya di Mekah. Setelah itu ia sendiri meninggalkan Mekah, menempuh  perjalanannya  ke Yathrib dengan berjalan kaki. Malam hari ia berjalan, siangnya bersembunyi.   Perjuangan   yang   sangat    meletihkan    itu ditanggungnya  selama  dua  minggu penuh, yaitu untuk menyusul saudara-saudaranya seagama.

DOA AKHIR TAHUN~

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”





DOA AWAL TAHUN ~

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.







(p/s :: sory, sbb pic doa x brape jelas)

No comments: