Click and Win

Thursday, June 30, 2011

untuk kamu.......

Untuk maisara....

# tiada kata2 yg saya dpt luahkan ketika ini..lebih2 lagi setelah membaca entry yg awk tujukan khas utk saya itu..
# terlalu banyak persoalan bermain dikotak fikiran saya..terlalu banyak, sehingga tak mampu untuk saya ungkapkan, tak mampu untuk saya huraikan walau satu pun..
# dan bukanlah niat saya untuk melukai hati awak dengan menulis nukilan ini...

# saya tahu, saya jauh untuk awak ketika ini, jauh untuk awak minta bantuan, jauh untuk awak minta perlindungan..
# saya tahu, saya tidak mampu untuk menjadi tiang yang boleh menyokong awak ketika awak terjatuh, ketika awak tiada tempat bersandar..
# saya tahu, saya tidak mampu memberikan apa yang awak harapkan, ketika awak sangat2 memerlukan
# saya tahu, saya tidak mampu menemani awak ketika awak memerlukan teman, ketika awak keseorangan....
# saya tahu, saya tidak mampu menjadi cahaya awak ketika awak memerlukan pendorang, ketika awak dalam kegelapan...
# saya tahu, saya tidak mampu penghibur awak ketika awak kebingungan, ketika awak kesepian...
# saya tahu, saya tidak mampu menjadi pendengar yang baik ketika awak ingin bercerita, ketika awak ingin meluahkan perasaan..
# saya tahu, saya tidak mampu menjadi pembantu ketika awak diuji dengan ujian ILAHI...
# saya tahu, saya tidak mampu memberikan yang terbaik untuk awak...
# saya tahu, saya tidak mampu menjadi yang terbaik untuk awak...

maisara...

# saya tidak tahu betapa beratnya dugaan yang awak tanggung ketika ini...
# saya tidak tahu dugaan apa yang telah ALLAH berikan kepada awak hingga semuanya berubah..
# saya tidak tahu segala yang telah menimpa awak..
# saya tidak tahu segala2 yang berlaku keatas awak..
# saya terlalu "zero" untuk itu...

maisara...

# andai kata ini yang terakhir untuk perhubungan kita....sejujurnya terlalu sukar untuk saya redha..
# andai kata ini penutup perhubungan kita...saya tahu saya akan merana...
# andai kata ini kata2 akhir awak untuk saya..sesungguhnya ia cukup membuatkan saya terluka sedalam dalamnya...
# andai kata inilah caranya awak melafazkan perpisahan....saya tidak akan pernah untuk terima.....

maisara...

# mungkin nukilan ini membuatkan awak rasa saya tidak memahami...
# mungkin nukilan ini membuatkan awak rasa saya bukan seseorang yang ikhlas..
# mungkin nukilan ini membuatkan awak rasa saya seorang yang terlalu pentingkan diri..
# mungkin nukilan ini membuatkan awak rasa saya seorang yang egois...
# mungkin nukilan ini membuatkan awak rasa saya terlalu jahat...

fahamilah isi hati saya, fahamilah jiwa saya..fahamilah ketabahan saya...fahamilah bahawa saya bukanlah seperti yang awak fikirkan...

maisara...

# saya tidak tahu kenapa awak mengambil langkah begini untuk mengakhiri perhubungan kita..
# saya tidak tahu kenapa awak cuba untuk mengelak semuanya dari saya..
# saya tidak tahu kenapa awak cukup berahsia dengan saya...
# saya tidak tahu kenapa awak tidak cuba untuk berbicara kepada saya..
# saya tidak tahu kenapa awak tidak pernah cuba untuk bercerita kepada saya..
# saya tidak tahu kenapa awak tidak pernah cuba membuka ruang hati awak untuk saya selami...untuk saya ketahui..

maisara...

saya hanya ingin awak tahu..

walaupun kita tidak pernah berjumpa... sesekali tidak akan saya dapat melupakan awak...
walaupun kita tidak pernah bersua...sesekali tidak akan dapat saya membenci awak...
walaupun kita tidak pernah berbicara berdepan...sesekali tidak akan saya buang awak dari ruang hati saya...

saya hanya ingin awak tahu..

walau apa pun yang terjadi...saya akan menunggu awak..terus menunggu...
menunggu awak bersedia untuk bercerita kepada saya...
menunggu awak sedia membuka suluruh hati awak untuk saya...
kerna saya terlalu sayangkan awak...

### jika ini ketentuan dan takdir ILAHI...manakan dapat saya melawan...

maisara....

sekiranya awak membaca nukilan ini...saya ingin awak tahu...inilah apa yang ada dalam hati saya...

Wednesday, June 29, 2011

REJAB - BULAN BERIBADAH DAN BERAMAL

REJAB merupakan antara bulan yang cukup istimewa dalam takwim Hijrah. Ketika ini ramai yang berpusu-pusu mengerjakan ibadah malam. Antara tujuannya adalah untuk meraih keredaan dan rahmat dari ALLAH S.W.T.



Namun sayangnya, ada antara segelintir umat Islam yang kurang arif tentang apa sebenarnya yang membuatkan bulan ketujuh dalam kelendar Islam ini amat istimewa.

Keunikan Rejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan tersebut.

"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, ALLAH menjemput Rasulullah SAW datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih Rasulullah SAW terhenti," - Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi.

Dalam peristiwa Isra' Mikraj, Jibril membawa Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin dan kemudian ke Sidratul Muntaha dengan menunggang Buraq. Hal ini diceritakan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam surah Al Israak ayat 1 yang bermaksud:  

"Maha Suci (Tuhan) yang memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke masjid yang amat jauh (Batul-makdis), yang telah kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami."



Kejadian Isra' Mikraj tidak boleh dilihat berdasarkan zahir memandangkan rahsianya yang sukar untuk dibongkar. Namun, jika ditinjau dari sudut simbolik, sudah tentu ia memberikan begitu banyak pengetahuan dan pengajaran yang berguna khususnya buat umat Islam. Peristiwa tersebut membabitkan dua bentuk perjalanan iaitu dari bumi ke bumi dan bumi ke langit. Isra' adalah merujuk kepada perjalanan pada waktu malam, manakala mikraj pula adalah  berjalan ke atas langit.



p/s :: bersambung ke new entry~

TEGURAN ITU PENTING DALAM KEHIDUPAN


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.




- Artikel  from www.iluvislam.com

Sunday, June 26, 2011

 
 
 
 There's only so many songs that I can sing
To pass the time


And I'm running out of things to do

To get you off my mind
Oooh...

All I have is this picture in a frame

That I hold close to see your face everyday

With you is where I'd rather be

But we're stuck where we are
And it's so hard, you're so far
This long distance is killing me

I wish that you were here with me

But we're stuck where we are
And it's so hard, you're so far
This long distance is killing me

It's so hard, it's so hard

Where we are, where we are
You're so far
This long distance is killing me
It's so hard, it's so hard
Where we are, where we are
You're so far
This long distance is killing me


Now the minutes feel like hours

And the hours feel like days
While I'm away

Ya know right now I can't be home

But I'm coming home soon
Coming home soon

All I have is this picture in a frame

That I hold close to see your face again
Oh!
With you is where I'd rather be
(Where I'd rather be)
But we're stuck where we are (Oh)
And it's so hard (Oh)
You're so far (Oh)
This long distance is killing me

I wish that you were here with me

(You were here with me)
But we're stuck where we are (Oh)
It's so hard (Oh)
You're so far (Oh)

Can you hear me crying?

(Ooohhh... ooohhhh...)
Can you hear me crying?
(Ooohhh... ooohhhh...)
Can you hear me crying?
(Ooohhh... ooohhhh...)

With you is where I'd rather be

(Where I'd rather be)
But we're stuck where we are (Oh)
And it's so hard (Oh)
You're so far (Oh)
This long distance is killing me

I wish that you were here with me

(You were here with me)
But we're stuck where we are (Oh)
And it's so hard (Oh)
You're so far (Oh)
This long distance is killing me

It's so hard, It's so hard

Where we are, where we are
You're so far
This long distance is killing me
It's so hard it's so hard
Where we are, where we are
You're so far
This long distance is killing me

There's only so many songs that I can sing

To pass the time
 
 
 
 
 

Tuesday, June 21, 2011

Aku Rajin Rupenye~

HAHAHA...permulaan intro mestilah ketawa, untuk menunjukan dunia yang kita happy ( bukan ketawa jenis takbur@bongkak tu keyh...) wakakaka

 hahahahha...bangga tak aku???


sebenarnye aku nk belagak jap, bile da lme x hapdate nih, cmni la jadi, skali nk hapdate, intro mesti belagak, tajuk entry lagi la, belagak x hengat..hahaha

da masuk perenggan ke-3 nih, aku masih x memulakan MUKADIMAH utk kaitkan tajuk entry aku....sebabnye aku sedang mencube mencari idea sebaek mungkin utk membolehkan kowg2 tertipu bile bace!! hahaha...( hebat x aku?? )

ape nk tipu nih....susah ouh nk cari ayat tipu sunat nih...hahaha.bukan ape, teknik dan ayat2 yang bakal dipakai amatlah penting utk MEMPENGARUHI owg ramai....sape2 yang pernah join MLM, tau la teknik nih, aku x pernah join, tp aku pon tau@wat wat tau...hohoho

last2, masuk perenggan ke-5 bru nk start cite en, ape pon x boley..kekeke. bermulanya disini...............

knape aku cakap aku RAJIN....sebab time owg sibuk nk bercuti, aku plak sibuk wat short sem...mmg rajin la en, terbaek ( puji diri penting utk meningkatkn MOTIVASI diri........) tp jangan silap pahaman, aku wat short sem bkn sebab aku repeat paper or somting2 cmtu...aku saje nk buang mase dgan study...tu je...rajin en en en~~ hahaha.... da la aku amik subjek killer iaitu MICROCONTROLLER, dengan lectre2 nye skali killer..... amik aku...pdan2..hahaha..xpe, aku rajin!!! hahaha

 rajin dan berjaya adalah  pasangan yang ideal~~ x gitu???


p/s :: microC merupakan subjek untuk belajar memasak@memasak otak anda......

Friday, June 17, 2011

aku ade blog rupenye~

WOOOOO,,




aku ade blog rupenye...lupe plak..hahaha patut la cm bersemak sawang je nye blog punnn~  haha
ce try hapdate skt, tgk ade idea ke x..haha...................


ermmmmm............
ermmmm.......
errrr......
ermmm...........
hmmm..........................

erkkkk....

ishhhh.............

adoiii laaa~~ 

kemon2~
ideaaaaaa, kemon to papa~~


haaaaa, tu diaaa, xde idea beb, cmne nk hapdate~~~haha...............
xpe, anggap je, ni sbgai mukadimah @ intro...sob3. len kali cek hapdate lg~  

BEREHHH BOHH!!