Click and Win

Friday, February 25, 2011

HOLIDAY FEEEVERR!!

yeahhh!! cuti sudah! sok balik laaa kampung! 


p/s :: aku wat isi penting dlu, t sambung, nk g men bola~ hahahaha

TAK BERBALOI DAN BERBALOI BALOI

Sebenarnye entry nih nk ditaip sejak ahad mggu lepas lg,,tp asik tertunda je, bizi bizi biizziiii PLUS demam ouch, x pepasal~~ hahaha
ape pon tak boley la,, u cakap i kejut, i cakap u kejut~~ hadoi aii, ku masih ingatin~ leceh ouh demam2 nih, abis sume2 planing terabur, hancur, hancuss~ tp apekan daya, kalau takot dilambungg la ombakk~ serahkan anak kau kepada aku.... jangan berumah ditepi laa pantai~ ops, kenapa ade kes anak2 nih..hahaha(remixx!)

kes pertama..... TAK BERBALOI BALOI..

memang tak berbaloi ouh, study giler4, tp lom sampai tahap giler laa, yg hebat uh, siap deactive mukebuku aku uh,, punyer laa giler nk study en,, hahaha. x pernah2 tutorial aku wat sume, kali nih aku kasi settle ouh,, giler x ??? x giler en... utk menambahkan giler lagi, siap tak berape nk tidow la @ tidow2 ala2 cicak pokkek en...giler x?? lom cukup giler ke?? adoi aiii,, ku masihh ingatin~~
skali en, masuk hall ( biasenye hall nih sejuk giler, tahap dewa2, 2 yg da stanby baju tebal ala2 eskimoo, bebulu2 2 en,, tp ari uh, da mcm dlm oven da,, sistem perpeluhan dijana begitu baek skali, sihat aku..hahaha, x pasai pasai..adoi aii, ku masih ingatin~~ ) keterangan sampingan saje  
berbalik kepada topik asal... mmg x berbaloi la en, tgk soklan, pelik je, pejam celik, celik pejam..masih same.. x berubah.. adoi aii, ku masih ingatin~~



setengah jam bebelur sat.. tgk dak expert @ master depan aku pon agak bebelur, tp die pulih cepat sikit dari aku..haha..arghhhh.... pulunnn..nseb bek ley la buat en...tp betol ke x uh, len citer laa..pedulik~ hahahaha

pengajaran disini,, jgn study hard, study la smart..hokeyh! hahaha (aku rse da cukup smart kowt! haha )



kes keduaa~~ BERBALOI BALOI....

malam uh, malam sebelom test.....sempat layan DOMINO ouh,,giler kaya..hahaha. 3 large, 3 small... hadoii aiii, ku masih ingatin..giler x giler la kn...tp jgn salah paham, layan 5 owg, bukan sowg2..hahaha. tp 2 da dikire giler ouh,, byk ouh, da la mule2 salah paham, nie sume2 sebab kes kupon la nih,, ingt beli 1 percuma 2 hahahaha ( dapat la pulak enn.. adoi aii, ku masih ingatin~~ )
x pasai2 kne kuar duit lebey,, tp terima kasih kepada membe aku CON (nama panggilan saje ) kerana mensapport kami yg kesengkekkan ini ( tp x sedar diri nk layan domino gk )...hahaha.. pulonnn, abes ouh, tinggal kotak je..hebat4..haha

nie antara bukti2 yg terkumpul dan yg berjaya ditemui oleh en conan edagawa (betoi kn?? )



nie pandangan hadapan kedai DOMINO tersebut.....


inilah EN CON @ owg kaya @ paria @ ade spot rim kilat2...hahahahaa
(jgn marah CON )



nie bukti aku pon makan gk..hahahaha




pengajaran disini... kaji dulu kupon2 tu, ape sebenarnye yg ditawarkan (skema ouh..haha)

p/s :: mood :: x tau nk taip ape.....

Saturday, February 19, 2011

MOOD :: TENSEN part _ (lom di tentukan lg~ )

Arghhhh!! aku pening dan sakit kepala!
Walaupon aku sakit kepala, tapi aku xde migrin! tp kenape aku sakit kepala, sebab aku ade migrin ke?? tp aku x rse aku sakit kepale sebab aku migrin, sebab aku rase aku xde migrin.....haish! mmg betol2 kronik tahap dewa 19 nih kesakitan kekepalaan aku! hahaha

okeyh! sumenye bermula...................

sebab NESS ( erti kata len nescafe tin cap original keluaran kilang nescafe cap kicap sdn bhd...(panjang en, bila pendekan, jd NESS je..) ) hahah,dalam bracket ade bracket...da mcm blaja math engineering pulak,berbracket2..ingt rumus integglate (istilah mmbe aku yg telah selamat dibahan kerna kesilapan beliau~ ) sebenarnye integrate okeyh! haha


ini NESCAFE sangat jahat ouh....lagi2 lau owner kedai susun byk2..haha


berbalik semula kepada NESS td....sume punca dari NESS nih la...adoi la..da la ahad nih ade test, ponin palo den aih! cet.... salah sendiri sebenarnye..tapi nk salahkan NESS...(xpe, sebab NESS 2 xleyh nk melawan balik, "beliau" aku menerima dengan redha~ hahaha )

hadoii...sakit lagi pale aku!! lau ade my SARA kn best,mesti die ley tolon urutkan kepala aku...( mood menjiwang kejap..haha ) ehh ehh ehhhh,, xboley2, x kawen lg en, x boley urut2..haaa, ingt naaa... hahaha ^^

kan dah,,lari lagi dari tajuk...kuat betol la merepek aku hari nih...adakah sebab kepeningan nih..ataupon sebab kemigrinan?? ataupon sebab NESS (ness pon nk gk..) ataupon sebab aku suka merepek...( utk pengatahuan kowg2 sume,,tidak okeyh!! aku seseorang ummat  yg pendiam lagi bersopan yg amat santun..sesuai dijadikan calon lelaki sesape yg berkenan..hahahah )masuk bakul angkat sendiri pulak...suke ati aku la..huff..

hah! tudiaaa..merepek lg..balik ke main topic..sebenarnye aku tensen gile nih...da td marathon men GITAR sampai tgn kebas sambil ditemani migrin yg jahat (aku men lagu cinta kristal, disaat aku mencintaimu, suatu kenangan, bukan kerna nama, dll )....nk study pon x leyh blah! arghhh!! tula yg aku nk bgtau,pendek je pon... AKU TENSEN!!!

(p/s :: mesti kowg2 rse aku x tensen bila da abes bce post nih...hahaha...SIYES TENSEN...huhu. )

(p/s :: nesscafe x salah~~~ )

Monday, February 14, 2011

AKU CINTAKAN ISLAM & AKU CINTAKAN MUHAMMAD S.A.W part III

SALAM~ 


Ops,,PART 3 suda..hehe
sempena menyambut maulidur rasul nih, sebagai tanda kita mengingati junjungan mulia NABI MUHAMMAD S.A.W jom kita berselawat beramai ramai~ ^^

nie aku nk share ngn kowg2 kt luar sne~ click2 ^^

SELAWAT

x pon, jom kita layan lagu MAHER ZAIN nih, sambil2 2 boley la kita layan lyric die, ade gk manfaatnye en ^^

(p/s :: kowg jgn lupe mutekn dlu background music uh k~ haha )

BISMILLAHIRRAHMANIRROHIM~

Ya Nabi Salam Alayka Verse 1
Anta noorol lahy fajran
Jeita baadal osry yosran
Rabbona aalaka kadran
Ya imam al anbeya’ee

You are the light of Allah at dawn
You came after the hardship as convenience
Our Allah raised up your position
Oh Imam (Leader) of the Prophets
Ya Nabi Salam Alaika 2
Anta fel wejdany hayyon
Anta lel aynayny dayyon
Anta endal hawdy reyyon
Anta haden wa safeyyon
Ya habeeby ya muhammad
You are alive in sentiment
You are the light of eyes
You are the irrigation at the Hawd (basin)
You are the absolutely pure guide 
My beloved Muhammad
Ya nabi salam alaika
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka
Oh Prophet, peace be upon you
Oh Messenger, peace be
Oh beloved, peace be
The prayers of Allah be

Ya Nabi Salam Alayka Verse 4
Yartawee bel hobby kalby
Hobby khayry rosly rabby
Man behee absarto darby
Ya shafee’ee ya rassool allah
My heart irrigates with love
Whom by him I have seen my path
The love of the best of Messengers of my God
My intercessor, Oh Messenger of Allah
Ya Nabi Salam Alayka Verse 5
Ayyohal mokhtaro feena
Zadanal hobbo haneena
Jeitana bel khayry deena
Ya khetamal morsaleena
Ya habeeby ya muhammad
Oh, the chosen out from us
Love boosted up the nostalgia
You came for us with religious peace
Oh, final Messenger
My beloved Muhammad
Ya Nabi Salam Alayka Verse 3
Ya nabi salam alayka
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka
Oh Prophet, peace be upon you
Oh Messenger, peace be
Oh beloved, peace be
The prayers of Allah be

AKU CINTAKAN ISLAM & AKU CINTAKAN MUHAMMAD S.A.W part II

SALAM ~ ^^

Bersambung ke Part II~
aku nk share sikit information pasal MAULIDUR RASUL nih, nie pon copy2 dri page len, papepon, let check in bawah ^^


 
PENGERTIAN ::
  
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.



Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.






okeyh,,sebenarnye banyak lg input yg kowg boley jumpe kt tenet~ rajin2kan la diri amik tau pasal MAULIDUR RASUL nie k ^^ ~~~

AKU CINTAKAN ISLAM & AKU CINTAKAN MUHAMMAD S.A.W part I

Salam~

untuk entry kali nih, aku nk share something pasal bulan islam iaitu bulan RABIUL AWAL~ jom chek in bawah ni ^^






PENGERTIAN
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

PERISTIWA PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM BULAN RABIUL AWAL
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah...........

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

  1.  Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  2. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  3. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  4. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  5. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  6. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  7. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  8. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. 






sumber rujukan http://www.al-azim.com & jabatan mufti melaka ^^



Wednesday, February 9, 2011

Aku RINDUKAN Kamu................

Hah haaa....

nk menJIWANG jap...okeyh x? haha ( suke ati aku la..huhuhu )
hmmm..rinduunye la kt miss SARA sy~ sehat x die?? IMY & ILY ^^
nak bermadah berhelah, tp xde mOOd..lau x, panjang gk aku karang ayat t..haha..so, terus masuk ke menu utama tghari nih..
layan lagu DAKMIE - YANG TERINDAH.. membuatkan aku terase taching..utk pengatahuan kowg.walaupon aku nih jenis ROCK, hati batu keyh, bukan tisu..(hahahaha) kdang2 aku terase gk nk menjiwang2 nih, syokk!! haha.. tanpa membuang mase dan segan silunye..kowg jom layan lagu nih. aku bg lyric, kowg menyanyi keyh!!

And 1,,and 2,,and 3~~~~


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu..............

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah..................................



utk lebey advance, men gitar sambil layan lagu nih,masyuk ouh! hahaha
x susah pon kord die, orait! kord cari sndri keyh..hahaha
xpe la,bg intro skt, kowg men la G A Bm C G 3x kot.. plaking cri sndri ^^

(p/s :: lau kowg nk dgar video nih, pausekan dlu music opick tepi 2 k ^^ ) 
(p/s:: utk mysara ^^ ) 

CAPCHICKEN .NET

Ouch...
salam wednesday forr today~
aku terase nk post pasal capchicken @ cap ayam (serama@katek)...



b4 g lebey lanjut, kowg tau ke ape mende capchicken.net nih?? haa?? haa??
musti ade sesetengah kowg yg x tau en..hahaha
capchicken .net nih sebenarnye link radio internet.. same la spt Erafm, suriafm, hitzfm, flyfm..cume capchicken.net nih lebey kpd local yg btol2 local punye brand radio..mybe sbb frequency yg low ataupon msalah siaran diowg sendiri..en..
tp, link radio nih syok ouh..layan.sume jenis lagu diowg menkan, pstu ngan permintaan2 dri pendengar yg kurang masuk akal..haha.mmg terbaek la. start dri lagu 60an~ go to lagu rock kapak~ dangdut~ R&B~ balade~ sentimental~ japan~ spain..sume ade...huhuhu..
yg terbaek uh,,lagu GABAN pon ade..campur skali lagu POWER RANGERS n sailormoon..hahahha..giler kentang.. kowg tau x lagu GABAN..lau kowg x tau, kowg tergolong dalam golongan kurang pendidikan musik ketika kecik2..hahahahahah ( wink ^^ )

lau kowg x caye~ try la msuk link bwh nih, n rasakan sendiri kehebatan nyaaa~~~ sekian! hahaha




ZOOooOOOMMMM innnn ^^

AKU LUPE!!!!

HAHAHA..tetibe terase nk gelak sensorang sensorang...sebab pe??? ade ke patut..bkak blog, tp lupe cmne nk post,x tau cmne nk wat post bru..wakakakaka..yg lebey menyayat hati uh,siap tnye mmbe..hahaha..tau la da lame x hapdate,,,x yah la smpai sengaje terlupe..hehehe...




pas uh..utk menGEMPAKkan lagi citer lupe nih...aku tetibe lupe jap, ape aku nk post nih..hahaha.. mmg sedey betol la situasi yg aku hadapi dikala ini... ni mesti penangan si NAZMI RL5 nih...haha (nazmi yg salah....)

amik mse gk uh nk ingt balik pe yg aku nk post..haha..sadis2..x pon sebab len yg wat aku lupe,,aku wat math 3 melebihi had kemampuan aku..menyebabkan sereberum sereberum oblaganta kt otak aku terputus seketika (betul x eh??)...setelah sereberum sereberum diotak aku berjaya disambung semula oleh susu DUGRO...(pengaruh iklan ) aku berjaya mengingatin ape2 yg aku nk post....soooOOoOOOooo....







bersambung ke POST lain.......zOoOoooooMmmm in..