Click and Win

Friday, March 18, 2011

SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD

Haaa...tu diaaa~ nmpak ok tajuk post uh..."sorry seems to be the hardest word"... cm pernah dgar je en ayat uh..nie xde kne mengene ngn tajuk lagu okeyh...mesti kowg2 ingt tajuk lagu group BLUE en..tidak owh....hahah



okeyh..citenye cmnih la en...

suatu petang yg aman damai dan disinari cahaya mentari yg samar2 akibat dilitupi awan...aku jalan2 menaiki camel@comel aku (ermm, jalan2 menaiki?? ...abaikan eh ) ...sedang aku enak disapa tiupan angin sempoi2 paham bahasa...aku terjaga dek kerna bunyi dentuman hentaman...bukan dentuman mercun or meriam k... ku melihat kearah kebelakang aku..ke dapat perhatikan,,, 2 bijik@buah kereta sudah melekat antara satu sama lain...kasihan mereka (kereta itu )... aku terus pergi ketempat kejadian yang jauhnya tidak sampai 10 meter... pabila aku menghampiri mereka...... apa yg aku dengari..... spt dibawah ini.....( x silap aku la.... haha )

pemandu satu :: 
weiiii,, mata kau letak mana haaa!!! kau ada lesan ke tidak!! ( pemandu ini marah dalam bahasa baku)......
pemandu dua :: 
perghhh...cam haram!! hang pandai bwk kereta tak!! apake hai hang brek kejot!! mana  signal  hang!! lampu brek pon xda,, akai pi mana!! ( marah pemandu ini dalam bahasa utara sleng key ell......)
pemandu satu :: 
kau tu, lain kali, focus kalau bawak kereta, mata guna, jangan letak lutut... tak nmpak ke lampu brek aku menyala....... ( sambung depa lg...)
pemandu dua :: 
(*&)*%&^%*%(()&)^^*&(*0 ....... ( x mampu aku gambarkan dgn taipan.....)

tuuu diaaa bak hang! mantop mereka2 nih..... nmpak tak... seswai x ngn tajuk post aku..."sorry seems to be the hardest word kn3~~ hahaha"

okeyh2....cube kowg gantikan ayat memaki maki hamun diataih dgan ayat meminta maaf yang seswai~~ ^^

pemandu satu ::
weiiii,, mata kau letak mana haaa!!! kau ada lesan ke tidak!! ( pemandu ini marah dalam bahasa baku)......
pemandu dua ::
alamak...saya mintak maaf abg@ encik...saya terleka tadi,, x perasan encik brek...saya minta maaf encik.....( dengan nada kesal dan muka seposen ^^ )
pemandu satu :: 
.................................................................................................................

haaaa~~~~~

kowg rase la kan...akan bersambung lagi x maki memaki menghamun cam dialog 1st td........ jeng3~ ^^

hehehehehehe ^^


p/s 1 :: kejadian nih bukan rekaan kn2..kowg biase dgar dialog nih kn..hehehe
p/s 2 :: ucapan maaf umpama senjata ~ ucapan maaf bukan dilafaz oleh owg yg lemah...tetapi oleh owg yg BIJAK !!! 

sekian ^^

KU TAK PEDULI~

KU tak peduli...bila ku benar benar cinta~ mati.....
arghhh...aku nk menjiwang seketika... jom layan lagu nih..smbil goreng2 gitar, jamming ~ ^^



by JULIETTE :: BUKANNYA AKU TAKUT

Intro :
        C Am F C G C

         Dm
ku tak peduli
G                 Em        A
bila ku benar-benar cinta mati
         Dm
ku tak peduli
G        Dm     
ku memang begini
G                    Em      A
 bila ku benar-benar cinta mati
         Dm
ku tak peduli 
    G           F
apa saja yang kuinginkan
     Em  G
kamu rela

C               Dm
bukannya aku takut
       G          F
akan kehilangan dirimu
     Em    Am 
tapi aku takut 
       F      G
kehilangan cintamu
C                 Dm
mungkin saja saat itu
       G          F
kau mempermainkan aku
  Em         Am
seakan kau bisa
     A#       G
membalas cintaku

            Dm
kau tak kan mengerti
G                 Em         A
yang selama ini kurasakan pasti
          Dm
kau tak peduli
     G           F  
bila saja yang kuinginkan 
     Em  G
kamu rela

Int.  C Bm Am G
     F Em Dm G
     C Bm Am Em F C G

D               Em
bukannya aku takut 
       A          G
akan kehilangan dirimu
     F#m   Bm 
tapi aku takut 
       G      A
kehilangan cintamu
D                 Em
mungkin saja saat itu
       A          G
kau mempermainkan aku
  F#m        Bm
seakan kau bisa 
     C        A
membalas cintaku

D  Em A G F#m Bm G A
D Em A G F#m Bm C A

Ending.  D Em A F#m Bm





p/s :: sori...kualiti video mmg cm uh..malas den nk edit ^^

Friday, March 11, 2011

JANGANLAH MENCARI TERLALU SEMPURNA

Nukilan nie aku TERcopy dari seorang sahabat ^^ hehehe ..  pengertiannya yg cukup mendalam bg mereka2 yg mendalami nukilan @ kiasan nih~ Sekadar pedoman untuk kita bersama ^^




Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....



p/s :: peace ^^

Wednesday, March 9, 2011

FAKTA ATAU AUTA ^^

Kenapa kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan? Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.



1-Kehidupan yang lebih terjamin

Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda

Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

saya adalah seorang bakal jurutera~ Insyallah ^^

tahukah anda betapa tensenye seseowg saya nk menghabiskan degree~ hahaha



p/s :: NI GURAUAN SEMATA-MATA, JANGAN AMIK SERIUS~ hahaha

Monday, March 7, 2011

LELAKI MEMANG BERBEZA DARI WANITA

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerja dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.






p/s :: ini adalah pendapat dari kajian-kajian yang dilakukan..
sebenarnya, kenyataan mengenai cara hidup atau perasaan tak kira lelaki atau perempuan adalah subjektif...sukar utk kita memahami seseorang itu (lelaki mahupon wanita ) jika kita tidak mendampingi mereka secara dekat ~ ^^