Click and Win

Wednesday, December 15, 2010

HARI ASYURA 10 MUHARAM




MUHARAM
adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


10 Muharram
– Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.


 ***  Bila cakap pasal hari asyura je, mesti kowg ingat bubur lambok je en..ish2..biase lah uh, aku pon ingat 2 gk..keke.



syokkk en tgk bubur lambok nih ;D


tp xpe, byk sebenarnye yg kita boley ingat time 10 muharam nih, jom ZOOOMM!!!


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura 
(10 Muharram): 


1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. 
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya
pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. 
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. 
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam
golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam
hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. 
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh
seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa
diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. 
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku
mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. 
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X
Fadilatnya – Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku
sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama
dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.



Terlalu banyak fadilat dan kelebihan 10 muharam ni, sama2 lah kita ambil peluang ni, insyallah..




No comments: